Wednesday 25 December 2013

Permainan yang saya minati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para readers sekalian ...

Ok now we start with the topic : PERMAINAN YANG SAYA MINATI

 
Firstly , saya nak cakap yang saya ni sebenarnya dah nak masuk 20 tahun depan .. hahaha XD .... alah , baru umur 20 , relax la ... yang penting happy go-LUCKY ..... ok biar saya kongsi sikit apa permainan yang saya minat main k . ada beberapa sebenarnya .
 
1) DotA
 
 

Game ni best sebenarnya ... Player harus mempunyai skill untuk menewaskan pemain lain tapi kadang-kadang bergantung pada nasib jugak .. biar saya tunjukkan beberapa screenshot milik saya




saya tidak pro dalam game ni . Just biasa-biasa sahaja . NOOB bak kata player dotA .hehehe

2) DotA 2

Saya ni masih baru lagi . Baru je download Dota 2 ni . Graphic game ni memang terbaik .. Effect skill drpd hero memang baik . Lagi satu kebaikan dota 2 drpd dota 1 adalah kalau game kita lag sbb connection kita , hanya kita yang akan tersekat-sekat .. orang lain x tersekat or hanya ada delay sekejap-sekejap ..

 

Anyway add me as your friends :
 dota    - S_Nevermore
 dota 2 - Jebat_Muncit

3) TAMIYA 4WD DASH

Sebenarnya permainan ni dah lama wujud .. sekarang ni otai-otai tengah nak hidupkan balik game ni . Memang banyak pertandingan-pertandingan yang dianjurkan bagi menarik balik minat anak-anak muda untuk bermain permainan ini .. ye lah kan , daripada asyik keluar dating , merempit dan melepak di pasaraya lebih baik main permainan ni ... Pemain perlu tahu serba sedikit tentang kereta yang dimiliki .. Pemain perlu pandai setting part-part kereta tu agar ianya boleh bergerak pantas di dalam litar .


Ok saya akan tunjukkan beberapa model kereta ni









ok kalau dah ada kereta ni mesti nk kena ada tempat simpannya


ok seterusnya adalah motor yang digunakan untuk kereta ni




kalau nak kereta korang laju macam pelesit gunalah yang JET tu .... kalau x silap ni motor haram .. tak boleh pakai dalam pertandingan ..

Seterusnya , mesti ada bateri and pengecasnya .


kalau korang pakai bateri biasa alamatnya korang kene beli selorilah .. hahaha ... bila keretani pantas , ia memerlukan bateri yang mempunya kapasiti tenaga yang tinggi . oleh itu , korang kena beli bateri yang boleh di cas semula k .

ok, rasenya tu je lah kot yang saya nak cakap .. saya masih x ada yang no 3 tu .. saya teringin sangat nak dapat ... sapalah yang baik hati boleh belikan kereta ni untuk saya .. Spend la dlm RM300 untuk dapat set lengkap . hope lepas baca post ni ada lah insan yang terbuka hatinya untuk belikan .. aminnn ..... wink3 ....

assalamualaikum guyz


Saturday 7 December 2013

HANDSOME blog sy !!

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah , siap juga mengEdit blog kita ni ..
Penat .... boleh tahanlah sebab blog ni dah banyak berubah .
Jadi, kerja-kerja mengEdit menjadi lebih sukar .
 
So, macam mana korang tengok blog kita ni ... ok x ?
Kalau tak ok , janganlah malu untuk menegur ya ..
InsyaAllah boleh diperbaiki lagi ni .
Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa kita hias blog ni ?
Ok jawapannya adalah sebab kita bosan dan tak tahu nak buat apa ..
Kita baru habis STPM hari tu . So , sekarang ni tengah rehat-rehat dekat rumah .
Mengikut perancangan , bulan 1 tahun depan baru nak kerja .
 
Bila bercakap tentang kerja . Kita nak tau jugak , korang ni pelajar ke pekerja ?
huhuhu , entah-entah dua-dua pun bukan sebab tak ada orang pun yang baca blog kita ni ..
I hope ada lah yang sudi membaca . InsyaAllah ..
Bila teringat balik , lepas habis je SPM masa tahun 2012 kita kerja dekat Stesen Minyak Caltex .
Tak jauh dari rumah pun , depan rumah je pun sebenarnya . hahaha
Waktu tu tak tahu lagi pasal gaji yang sepatutnya kita dapat ..
Bila pergi tanya Bos berapa gaji kerja dekat situ .. Bos cakap RM400-RM500 .
Kita pun apa lagi , teruslah tak sabar . Maklumlah tak sabar nak pegang duit banyak .
Tapi sebenarnya kita tak tahu yang gaji tu sebenarnya sedikit sangat . Kita pun kerja je la .
Kita kerja sebuan je dekat situ sebab time tu kita dah cerdik sikit ... hahaha
 
Lepas tu , kita pegi cari kerja dekat Shell Taman Yayasan .
Alhamdulillah , gajinya agak ok sebagai attendan pam minyak ni . hahaha
Kerana kerja tu sangat-sangat memenatkan dan macam kuli batak , kita pun kerja sebulan je dekat situ . hahaha ... Kerja hanya untuk mencari pengalaman .
Ternyata ianya susah dan memenatkan . Jadi , hargailah duit yang mak ayah korang bagi tu k .
 
Sampai di sini saja coretan kita pada hari ni . Jangan lupa komen/like/follow blog kita ni k .
Thanks XD
Bubye !
MUAHHHHHH !