Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir dan Batin ...


Assalamualaikum semua .. Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambut hari raya . Alhamdulillah , sebulan lepas saya ada update blog ni berkenaan dengan puasa. Hari ni 28/7/2014 persamaan dengan hari Isnin pada pukul 6.10 pagi merupakan Hari Raya yang ke 20 saya . Alhamdulillah , saya dah besar rupanya . Layak lagi ke untuk terima duit raya ek ?? hahaha Orang bagi kita ambil je lah kan .. hahaha Money is MOney !! hahahaha 

Di kesempatan ini rasanya sempat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin . Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa , tersalah perbuatan  dan macam-macam lagi . Maaflah k . Ampunilah dosa saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . Halalkan makan minum saya .. hehehe ( lebih-lebih plak dah ) . 

Raya tahun ni juga kami sekeluarga akan beraya di kampung . Saya tak pernah rasa beraya sendiri . Alhamdulillah lah kan , orang kata raya sendiri ni x seronok , kalau raya dengan family baru best . Alhamdulillah bila saya bangun pagi tadi , saya bilang bilangan ahli keluarga masih cukup lagi . Tiada seorang pun yang kurang . Alhamdulillah Allah masih tak tarik nikmat berkeluarga tu daripada saya . Alhamdulillah tiada seorang ahli keluarga pun yang hilang . Syukur alhamdulillah kerana Allah masih belum menguji saya dengan dugaan yang besar macam tu . Orang lain ada yang kehilangan adik beradik , kehilangan mak , kehilangan ayah , kehilangan atok dan nenek .. Salam Takziah daripada saya k . Saya faham sebak perasaan anda bila beraya tanpa mereka di sisi . 

Selamat Hari Raya juga saya nak ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya  Adli(twin) , ajak , Dani , Teha Rashid , Teha Joe , Atikah , Mizah , Pyka , Jekrah , Pah , Sal , Anis , Aleina , Yati , Yun  dan yang lain-lain ..  Ucapan ini ditujukan juga kepada rakan-rakan yang menenali diriku ini .. 0-0 ok .. hehehe Kita mula lembaran yan baru , lupakan yang lama .

Sekian sahaja coretan saya di pagi raya ni , semoga anda semua bergembira k . Kumpul duit raya banyak-banyak tau . Kalau ada masa jemputlah datang ke rumah saya . 

SELAMAT HARI RAYA DARIPADA AJUSHI NOONA