Sunday 14 October 2012

Tentang Perasaan

Assalamualaikum semua ....
Hari ni saya nak membincangkan tentang soal cinta ... 

Apakah itu cinta ?

 Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya. 

Apakah itu sayang ?

Sayang itu ialah suatu perasaan terhadap orang, benda, perkara, atau abstrak yang saya senangi.

Apakah itu Rindu ?

 Rindu adalah satu perasaan yang membuatkan kita teringat pada seseorang yang kita sayang.

Memang senang nak ungkapkan kata cinta , sayang dan rindu tu pada sesorang . Ianya hanya semudah ABC . Tapi adakah ungkapan cinta , sayang dan rindu tu betul-betul ikhlas untung seseorang tu . Kebanyakan manusia zaman sekarang ni terlalu mudah melafazkan kata cinta tetapi senang juga untuk melepaskannya . Adakah ini cinta yang di inginkan ? Di manakah cinta sejati ? The answer in there is no TRUE LOVE ! Sesetengah orang ada mengatakan yang cinta sejati itu wujud ... Ya , memang tidak dinafikan . Tetapi masih ada lagikah pada zaman sekarang ini . Ada yang bercinta kerana perasaan . Ada yang bercinta kerana nafsu . Ada yang bercinta kerana harta . Adakah ini nilai cinta yang sebenar ? Ianya masih menjadi tanda tanya di benakku . Pada zaman sekarang ini , hampir kesemua pelajar -pelajar pernah bercinta ketika di bangku sekolah . Ada yang beranggapan cinta di sekolah ini adalah cinta monyet . Saya juga tidak terlepas daripada cinta ini . Cinta di bangku sekolah ini sangat  menyeronokkan . Jika pelajar lelaki ini ada menyimpan perasaan terhadap seorang pelajar perempuan , nescaya dia akan cuba untuk memperbaiki dirinya dengan perkara-perkara yang baik yang dapat menarik perhatian pelajar perempuan itu . Ini adalah pengalaman saya sewaktu di bangku sekolah rendah.Ketika saya di sekolah rendah, saya tergolong dalam golongan pelajar yang lemah dalam pelajaran . Saya ada meminati seorang pelajar perempuan yang 3 tahun lebih muda daripada saya . For me , she is perfect . Bermula daripada itulah saya mula belajar bersungguh- sungguh , mula menjaga penampilan diri . Setiap pagi , gel rambut akan saya pakai . Rambut akan di sikat rapi demi menarik perhatian si dia . Everyday , my eyes will searching for her . Kerana perasaan saya terhadap dia , saya semakin berminat untuk belajar . Saya berusaha sekeras mungkin . Daripada seorang pelajar yang semasa di darjah 3 masih tidak tahu mengeja pakaian , kini saya telah melangkah terus kehadapan .Akhirnya , saya berjaya mendapat 4A1B dalam UPSR . Kemudian , ayah saya telah dihantar bekerja di sebuah kawasan . Kami sekeluarga perlu mengikuti ayah . Hati saya memberontak untuk terus tinggal di situ . Tetapi apa yang mampu dilakukan oleh seorang pelajar 12 tahun ? Tiada ! Maka berakhirlah episod cinta . Berada di tempat baru , berkawan dengan kawan-kawan yang baru , telah merubah diri saya . Saya tak tahu sama ada saya menjadi semakin baik or jahat .

Jadi , di sini saya nak tekankan tak semestinya cinta yang merosakkan pelajaran tetapi macam-macam lagi yang boleh menjadi puncanya . Buang yang keruh ambil yang jernih .Sekian . Wasalam.

No comments: